Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 7 on Sun Jun 14, 2009 10:37 pm

Barrichello setuju sertai Williams

View previous topic View next topic Go down

Barrichello setuju sertai Williams

Post  Admin on Wed Oct 14, 2009 12:30 pm

SAO PAULO: Pelumba Brazil, Rubens Barrichello (gambar)
menandatangani kontrak bersama Williams dan akan meninggalkan Brawn GP
hujung musim ini, menurut laporan akhbar Folha de Sao Paulo, kelmarin.

Barrichello,
dikatakan kini menerima bayaran tahunan AS$2 juta (RM6.8 juta), “sudah
menandatangani kontrak bersama Williams bagi musim 2010 dengan pilihan
untuk meneruskan kontrak bagi tahun berikutnya”, menurut akhbar itu.

Tambah laporan itu, Williams dijangka membayarnya dengan jumlah “empat kali ganda” termasuk bonus kemenangan.

Barrichello
kini memburu gelaran keseluruhan dengan rakan sepasukannya, Jenson
Button kala saingan musim ini berlangsung di Brazil dan Abu Dhabi. Dia
mengumpul 71 mata berbanding Button 85.
avatar
Admin
Admin

Male Number of posts : 11
Points : 17
Reputation : 0
Registration date : 10/01/2009

View user profile http://malayaonline.forumotion.net

Back to top Go down

Barrichello akui temu Williams

Post  Admin on Thu Oct 15, 2009 10:56 am

SAO PAULO: Pelumba Brawn GP, Rubens Barrichello, semalam, berkata dia
kini dalam perbincangan bersama Williams dan mengesahkan masih
menyertai Formula Satu untuk musim depan.

Pelumba Brazil itu
bagaimanapun menafikan dia sudah menandatangani perjanjian bersama
Williams, sambil mengatakan dia turut berbincang untuk memperbaharui
kontrak bersama Brawn.

“Benar, wujud perbincangn dengan Williams dan Brawn. Tapi saya masih belum menandatangi apa-apa pun,” kata Barrichello.

“Saya baca semua perkara yang diperkatakan dan jelas sekali ini saat paling istimewa bagi saya dalam Formula Satu.

“Hari ini (semalam), saya bangga ada pasukan yang cuba mendapatkan
saya, ada pasukan yang berbincang dengan saya dan situasi ini lebih
baik berbanding dulu.”
avatar
Admin
Admin

Male Number of posts : 11
Points : 17
Reputation : 0
Registration date : 10/01/2009

View user profile http://malayaonline.forumotion.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum