MalayaOnline
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Who is online?
In total there are 3 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 3 Guests

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 24 on Thu Dec 07, 2023 11:56 pm

Saiz jadi masalah

2 posters

Go down

Saiz jadi masalah Empty Saiz jadi masalah

Post  BroFramestone Wed Oct 21, 2009 4:27 pm

Bro jumpe artikel nie dari Hmetro (akhbar jual cite panas je kojenye)

SAIZ zakar sering menjadi keutamaan lelaki dan ramai berpendapat
anggota kelamin mereka tidak cukup besar lalu mencari untuk
membesarkannya.

Namun ada juga lelaki yang bermasalah kerana
saiz zakar dikatakan besar hingga menimbulkan rasa sakit kepada isteri
ketika melakukan hubungan kelamin.

Tidak dinafikan saiz zakar suami yang besar boleh menimbulkan keresahan
kepada wanita apabila mengalami kesukaran untuk memasukkannya dan
memuatkannya dalam faraj. Sebenarnya faraj wanita mampu mengembang dan
meluas.

Jika bayi yang besar itu dapat keluar menerusi faraj,
tiada zakar yang lebih besar daripada itu! Yang mustahak ialah wanita
itu mengembangkan pembukaan faraj ketika memasukkan ereksi suami ke
dalam ruang faraj.

Untuk melakukan itu dia perlu legakan kemut
atau jangan kemut. Kembangkan pembukaan lubang faraj. Jika permukaan
faraj kurang lembap, gunakan pelicin supaya lebih mudah zakar masuk.

Secara semula jadi, faraj boleh mengembang dan meluas sehingga tiga hingga empat kali ganda atau lebih (ketika bayi keluar).

Jika isteri masih tidak dapat menyesuaikan farajnya dengan ereksi suami
atau dia kerap mengalami kesakitan faraj dan vulva setiap kali
bersetubuh, elok bawa isteri berjumpa pakar sakit puan untuk menjalani
pemeriksaan.

Mungkin doktor dapat membantunya melakukan
pemeriksaan dan mengajarnya cara untuk meluaskan faraj. Sebilangan
besar wanita berasa faraj mereka sempit untuk ereksi suami, namun
selepas melahirkan bayi mereka tidak lagi mengalami masalah itu.

Sementara itu ‘keprihatinan’ terhadap saiz zakar, terutama yang
menganggap zakar mereka kecil dan timbul minat yang tinggi untuk
membesarkannya, secara tidak langsung membuka peluang untuk individu
yang mahu buat duit menyediakan rawatan dan kaedah bukan-bukan.

Memandangkan saiz zakar isu sensitif, mereka yang mahu membesarkan
zakar tidak membincangkannya secara terbuka, sekali gus menyebabkan
ramai penjual dan pengusaha kaedah pembesaran zakar bermaharajalela
kerana mangsa mereka tidak mendedahkan penipuan dilakukan.

Keadaan itu menyebabkan lebih ramai menjadi mangsa. Selagi perkara itu
tidak didedahkan, selagi itu ada yang terperangkap dan terpedaya. Lebih
menakutkan, kaedah dan rawatan yang mereka amalkan boleh memudaratkan
kesihatan atau alat kelamin.

Sebagai contoh, ada tukang urut
atau tabib menyuntik bawah kulit zakar dengan minyak cendana atau
minyak bunga hingga menyebabkan keseluruhan zakar mengalami radang.
Memang benar zakar menjadi besar, tapi ia tidak berfungsi.

Akibatnya mangsa terpaksa pula membelanja ribuan ringgit untuk
menjalani pembedahan pemulihan yang akan ‘membantutkan’ lagi zakar
mereka!

Begitu juga kaedah lain seperti menggunakan alat
penarik zakar palsu atau yang diciplak sehingga otot dalaman terkoyak
dan berlaku kekerasan otot yang menyebabkan zakar menjadi bengkok
(penyakit Peyronie).

Ada juga yang menggunakan pam vakum sehingga kulit gelembung dan lebam serta zakar rosak akibat kebekuan darah dalam zakar.

Sebenarnya rawatan pembesaran zakar perlu dilakukan doktor dan pakar
perubatan yang berkaitan. Memang tidak dinafikan masalah saiz zakar,
sama ada kecil atau besar, sangat penting, namun ia satu isu kesihatan
dan perlu dikendali secara profesional.
BroFramestone
BroFramestone

Male Number of posts : 20
Location : Perak
Points : 36
Reputation : 0
Registration date : 13/10/2009

http://www.broframestone.com

Back to top Go down

Saiz jadi masalah Empty Re: Saiz jadi masalah

Post  sleepingbeauty Wed Oct 21, 2009 4:52 pm

size penting ker?..hurmm entalah =D
sleepingbeauty
sleepingbeauty

Female Number of posts : 12
Age : 39
Location : kelana jaya-ipoh
Points : 20
Reputation : 0
Registration date : 15/10/2009

http://khaizarien.com

Back to top Go down

Saiz jadi masalah Empty Re: Saiz jadi masalah

Post  BroFramestone Thu Oct 22, 2009 3:21 pm

penting kot.... he...23x
BroFramestone
BroFramestone

Male Number of posts : 20
Location : Perak
Points : 36
Reputation : 0
Registration date : 13/10/2009

http://www.broframestone.com

Back to top Go down

Saiz jadi masalah Empty Re: Saiz jadi masalah

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum