Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 8 on Sun Sep 10, 2017 9:47 pm

Heidfeld tak senang duduk

View previous topic View next topic Go down

Heidfeld tak senang duduk

Post  Admin on Thu Oct 15, 2009 11:19 am

LONDON - Pemandu pasukan BMW Sauber, Nick Heidfeld ternyata kecewa dengan tanggapan buruk sesetengah pihak terhadap dirinya.

Heidfeld berkata, walaupun gagal menyerlah pada perlumbaan Formula
Satu (F1) musim ini, prestasinya masih lebih baik berbanding rakan
sepasukannya, Robert Kubica.
Namun, kedudukan Kubica bagi musim 2010 sudahpun terjamin apabila dia bakal menyertai pasukan Renault.

Heidfeld pula kini semakin tercicir dan hanya mempunyai beberapa
pilihan untuk menyertai pasukan lain selepas BMW Sauber mengesahkan
akan menarik diri pada perlumbaan musim depan.

Untuk rekod, Kubica mula bergandingan bersama Heidfeld sejak
pertengahan tahun 2006 dan pemandu Poland itu berjaya mencipta kejayaan
luar biasa sepanjang tahun 2008.

Setahun sebelum itu, Heidfeld muncul pemandu terbaik BMW Sauber dan
bagi saingan musim ini, dia berjaya mengatasi Kubica dengan kelebihan
enam mata dalam senarai kedudukan pemandu.

"Berdasarkan penilaian orang ramai, seolah-olah prestasi saya tidak
baik dan berada di belakang pemandu lain," jelas Heidfeld kepada agensi
Auto Motor und Sport kelmarin.

"Pada 2007, saya lebih baik berbanding Robert (Kubica) dan begitu
juga pada kejuaraan musim ini tetapi semua orang masih bercakap
mengenai pencapaian 2008.


"Bagi saya, ia bukanlah satu pandangan yang logik apabila mereka membandingkan pencapaian saya dengan Robert."
avatar
Admin
Admin

Male Number of posts : 11
Points : 17
Reputation : 0
Registration date : 10/01/2009

View user profile http://malayaonline.forumotion.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum